Berdasarkan
pemerhatian dan interaksi anda dengan komuniti setempat, bincangkan
bagaimanakah sekolah di tempat anda mengajar dapat melibatkan komuniti setempat
dalam membantu meningkatkan kualiti dan kuantiti pendidikan di kalangan para
pelajar sekolah dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Abstrak
Walaupun pengembangan ilmu diberi penekanan namun faktor
kualiti jarang sekali diperkatakan dan dipraktikkan. Pengurusan sekolah sering
mendengar dan memperkatakan tentang masalah kualiti tetapi usaha serta
pengamalan kualiti masih samar dan tidak begitu jelas kepada mereka. Sekolah
sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan
kualiti dalaman dan luaran mereka. Sekolah mesti dipandang mulia oleh
masyarakat luar dan ibu bapa kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan
mampu melahirkan seorang pelajar yang berkualitidanberketrampilan.
Peranan ibu
bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjadikan pendidikan
berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang
serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya
lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan
keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum
balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti
pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah.
Penglibatan
anggota –anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang
pentingnya, khususnya institusi-institusi Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG),
Intitusi Kewangan dan Sekolah berhampiran harus sentiasa berdamping dengan
sekolah-sekolah dan guru-guru serta mengambil tahu proses pendidikan di
sekolah-sekolah di kawasan masing-masing secara tidak langsung Mereka perlu dilibatkan
bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada
pelajar dan penduduk setempat. Konsep “School-Home-Community Partnership” perlu
diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian
yanag melibatkan pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di
semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara
ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang
tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan
pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi
Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana
sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kesetabilan sistem
persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.
1.0 Pengenalan
1.0 Pengenalan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
"Falsafah
pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali
sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia
daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu
universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan
negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara
yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan
yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama
dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

2.0 Elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.1.
Pendidikan suatu usaha beterusan
Pendidikan ialah proses
pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penyerapan nilai murni supaya
menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia.
Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat. Maka
pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sejak pendidikan asas dalam
peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah
dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, dan diteruskan di
peringkat selepas sekolah di tempat-tempat seperti institusi pendidikan tinggi,
tempat bekerja dan komuniti atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk
ICT, secara online dan melalui media massa
2.2 Memperkembangkan potensi individu
Mengikut kajian individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani , emosi, dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam jiwa kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat falsafah pendidikan kebangsaan , unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir seperti :

i.
Menguasai kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis dan
mengira.
ii.
Menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan
menyebarkan ilmu.
iii.
Dapat berfikir secara kritis dan kreatif(KBKK) dan
iv.
Dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan
orang lain, termasuk kemajuan negara.
Perkembangan unsur
jasmani memberi tumpuan kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti
memperkembangkan kepada tahap keupayaan seperti:
i.
Menjaga kesihatan tubuh badan diri
ii.
Melakukan riadah dengan sempurna
iii.
Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif
dengan cekap.
iv.
Memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk
kepentingan masyarakat dan
v.
Meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan
kepada kemajuan negara.
Perkembangan unsur
emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu :
i.
Memperolehi perasaan tenaga dan tingkah laku yang
terkawal
ii.
Memiliki perasaan kasih sayang
iii.
Memiliki semangat kekitaran, muhibbah, kerjasama dan
perpaduan dan
iv.
Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan
dan kesenian
Perkembangan unsur
rohani memberi tumpuan kepada sifat kejiwaan dan kebatinan, iaitu :
i.
Mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya
Pencipta
ii.
Mempunyai perasaan menghargai dan mensyukuri pemberian
pencipta
iii.
Mempunyai perasaan menyedar dan menginsaf terhadap
tanggungjawab
iv.
Dapat memupuk dan membina disiplin kendiri dan
v.
Dapat membentuk akhlak yang mulia
2.3
Perkembangan potensi secara menyeluruh
dan bersepadu
Perkembangan potensi
individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus
diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Maka untuk membentuk insan
yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan
sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, disamping kurikulum
akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah.
Potensi yang ada pada
diri individu hendaklah dikembangkan ke peringkat optimum dengan cara
mengintegrasikan bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama
lain.
2.4
Insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang seimbang dan
harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani
telah diperkembang secara menyeluruh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Insan
yang seimbang dan harmonis adalah individu yang memiliki kesedaran dan
keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan
sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi,
dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi
kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.
Matlamat memupuk insan
yang seimbang dan harmonis boleh dicapai apabila semua potensi yang ada pada
dirinya telah dikembangkan secara selaras, menyuruh dan harmonis. Seorang
individu yang seimbang dan harmonis adalah manusia yang telah memiliki sahsiah
yang bersepadu, menikmati keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya. Insan
yang seimbang dan harmonis sentiasa merasa bersyukur, bersedia menerima segala
ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi masalah yang
dihadapi dengan fikiran yang tenang.
2.5
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat yang memiliki
sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk
manfaat diri dan orang lain.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan
rakyat yang memiliki cir-ciri seperti :
i.
Mencintai ilmu pengetahuan;
ii.
Gemar membaca;
iii.
Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan;
iv.
Sentiasa berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu
pengetahuan;
v.
Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain;
dan
vi.
Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.
2.6
Rakyat Malaysia yang berketrampilan
Rakyat yang mempunyai
ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan
negara. Mereka bukan sahaja mampu melaksanakan tugas dalam jangka masa yang
singkat tetapi juga dengan cekap dan sempurna. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
i.
Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan
tugas yang dipertanggungjawabkan;
ii.
Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanakan
tugasnya; dan
iii.
Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.
2.7
Rakyat Malaysia berakhlak mulia
Rakyat yang memiliki
tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan
mengamalkannya dalam kehidupan harian.Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
ialah rakyat yang memperoleh cirri-ciri seperti :
i.
Mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk;
ii.
Menyedari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan
buruk;
iii.
Mempunyai keyakinan terhadap nilai murni;
iv.
Dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta
kewarganegaraan; dan
v.
Mengamalkan kelakuan baik dan mengelakkan perbuatan
buruk.
2.8
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat yang mempunyai
tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan, negara, dan
melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.Rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti :
i.
Menyedari tugas dan tanggungjawab adalah amanah dan
kewajian;
ii.
Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakn
dengan sempurna;
iii.
Sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran;
iv.
Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara;
dan
v.
Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat,
bangsa, negara dan agama.
3.0
Apakah peranan sekolah dalam menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Sekolah sebagai
sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka, dan kompleks perlu menwujud dan
mengekalkan hubungan saling bergantung dengan semua pihak luar. Tanpa unsur
saling bergantung bagai pepatah Melayu seperti aur dengan tebing, sekolah tidak
dapat memainkan peranan dengan cekap dan berkesan untuk mencapai visi dan
misinya. Esei ini menjelaskan penilaian keberkesanan program yang bertujuan
untuk menjalinkan hubungan sekolah dengan pihak luar. Kaedah dan kerangka
penilaian program menggunakan piawaian umum dan antarabangsa dalam pengurusan
dan evaluasi program iaitu Model CIPP yang diasaskan oleh Stufflebeam. Walaupun
Model CIPP merupakan model penilaian yang agak lama berbanding dengan Model
Pengukuran Prestasi Berasaskan Proses, ia masih berkesan dalam penilainan
program yang telah dilaksanakan (Gordon, 2008).
Sekolah juga merupakan
institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal
pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga
adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk
merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti
ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan
diaktifkan secara menyeluruh.
Iklim yang mewarnai alam persekolahan sangat memberi
kesan yang besar dalam pembentukan individu seseorang. Pengaruh sekolah selepas
keluarga dalam pembentukan personality pelajar adalah bersangkut paut dengan
kecemerlangan akademik pelajar. Melalui iklim sekolah yang teratur, terkawal,
tenang dan tertib yang memungkinkan suasan yang kondusif kepada proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif. Hubungan sosial yang baik antara
guru, pelajar, warga sekolah dan masyarakt setempat akan membentuk suatu
merupakan menifestasi kepada dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Edmond (1977), Sweeney
(1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan
bahawa Guru Besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran
guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan
pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap
guru-guru. Maksudnya di sini, Guru Besar berperanan penting dalam meningkatkan
tahap profesionalisme seseorang guru untuk mencapai objektif sekolah yang
dengan lebih efektif dan sistematik. Dimana
selain para guru-guru, pihak komuniti setempat juga memainkan peranan yang amat
penting:
4.0 Apa itu Komuniti ?
Komuniti adalah suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam sesuatu matlamat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Perkumpulan seperti ini sering bantu membantu dalam sesuatu tugas dan belajar sesama mereka. Setiap ahli merasa perlu untuk mengetahui apakah yang diketahui oleh ahli yang lain dalam komuniti. Dengan menyediakan kemudahan untuk komuniti berhubung sesama mereka, proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah.

4.1 Apakah kepentingan komuniti?
Dalam menuju era globalisasi dan suasana ekonomi yang berasaskan ilmu (k-ekonomi) sesuatu kerja tidak lagi dilakukan secara berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks serta kepentingan mendapatkan maklumat yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesai masalah, belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Namun demikian, secara realitinya manusia berada di merata tempat, bekerja di luar pejabat dan berhubungan melalui telefon dan internet. Malah mereka yang di dalam sesebuah pejabat pun perlu berjumpa antara satu sama lain.

Sesuatu kerja boleh
dilakukan merentasi organisasi dan sempadan geografi. Akan tetapi kadangkala
terdapat beberapa halangan, misalnya aplikasi yang kurang ramah-pengguna,
peralatan untuk berhubung kurang berkesan, infrastruktur yang tidak sempurna
sehingga menjadikan pengguna kecewa.
4.2 Apakah jenis-jenis komuniti?
Terdapat berbagai jenis
komuniti terbentuk dalam sesebuah organisasi:
i.
Komuniti Sematlamat (Communities of purpose):
Sekumpulan orang dari berbagai disiplin dan merentasi organisasi bekerja
bersama-sama secara formal dalam suatu tempoh masa projek yang telah
ditetapkan. Komuniti Pengamal (Communities of practice): Profesional dari
disiplin yang sama datang bergabung untuk berkongsi belajar secara tidak
formal, menyelesai masalah secara ad hoc, rangkaian profesional dan saling
bantu membantu. Di sekolah saya
pihak seperti PIBG, Lembaga Sekolah, SP Setia, Astro dan Da Ma Chai mengadakan
program-program ini.
ii.
Komuniti Pelanggan (Customer communities): Organisasi
yang membentuk kumpulan pelanggan yang bertindak sebagai suara kepada market.
Ahli-ahli akan memberi maklumbalas, membantu mengenalpasti masalah, dan
mengemukakan pandangan- pandangan untuk memperbaiki perkhidmatan atau
pengeluaran. Di sekolah saya pihak
seperti Pzuchi, PIBG dan SP Setia mengadakan program-program ini
iii.
Komuniti Rantai Penyumbang (Supply chain communities):
Organisasi yang menghubungkan penyumbang-penyumbang utama mereka bagi
mengurangkan kos operasi dan membentuk amalan pembelian yang lebih
berkesan. Di sekolah saya pihak
seperti SP Setia, Da Ma Chai, Bank CIMB, Bank Simpanan Nasional dan Astro
mengadakan program-program ini
iv.
Komuniti Pembelajaran (Learning communities):
Sekumpulan orang yang bersedia untuk berbahas, dan yang mengikuti secara formal
pengalaman pembelajaran. Komuniti ini biasanya menceburi ke dalam komuniti
pengamal. Di sekolah saya pihak
seperti Polis, Bomba, Klinik Kesihatan Puchong mengadakan program-program ini
v.
Komuniti
Bergabung (Communities of affiliation): Sekumpulan orang yang berkongsi minat
membentuk komuniti untuk pembelajaran yang berterusan, berhubungan, berbincang
tentang perkembangan baru, berkongsi sumber, sokongan emosi dan penyelesaian
masalah secara ad hoc. Di sekolah
saya pihak seperti PIBG, JKKK telah mengadakan program-program ini.
4.3
Apakah perkhidmatan yang disediakan dalam sesebuah komuniti?
Program-program yang
bertujuan meningkatkan jalinan hubungan di antara sekolah dan pihak luar
adalah:
i.
Forum/Diskusi untuk berbincang topik berkaitan
perkhidmatan anda,
ii.
Rujukan Pakar untuk nasihat dan menyelesaikan masalah,
iii.
Meja Bantuan untuk pertolongan rakan komuniti.
iv.
Artikel dan Bahan Rujukan dan Sesi Perkongsian Ilmu dan
Amalan Profesional.
v.
Polisi dan Garispanduan ICT Kerajaan,
vi.
Pembangunan kerjaya
vii.
Program anak angkat
viii.
Penghuluran bahan-bahan bantuan sekolah dan skim Tuisyen
ix.
Pemantauan Kolaboratif Kemajuan Pelajar.
4.3.1
Institusi Sekolah.
Sekolah pada hari ini
merupakan institusi formal yang melaksanakan proses pendidikan dari tahap
prasekolah hinggalah menengah atas. Setiap peringkat disediakan silibus atau
kurikulum yang setiapnya mempunyai matlamat dan objektif. Untuk membangunkan
proses pendidikan ini satu kumpulan tenaga pengajar dan pengurus dibentuk dan
dilatih. Antara lain tujuannya ialah menjaga kualiti pendidikan supaya mencapai
tahap yang dikehendaki. Selain itu pemantauan turut dilaksanakan. (Mohd Yusuf
Othman .1999). Struktur Pentadbiran dan pengurusan ini dilakukan semata-mata
untuk memastikan proses pendidikan terlaksana dengan baik. Jadi, keberkesanan
pendidikan di sekolah banyak bergantung kepada interaksi antara pelajar dengan
sistem pendidikan, dan antara pelajar dengan gurunya. Guru yang akhirnya
menjadi model kepada pelajar.
4.3.2
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG )
Mengikut Akta
Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua
Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan
guru (PIBG), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan PIBG mempunyai peranan yang penting dalam
pengurusan sesebuah sekolah. Antaranya ialah membantu dalam memajukan
perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid, menambah sumber kewangan
Sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di Sekolah,meningkatkan
kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara Sekolah dengan
masyarakat setempat,meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat
mewujudkan suasana yang konduksif bagi menjayakan aktiviti dan program
pendidikan.Semua ibu bapa dan guru di sekolah ini merupakan ahli PIBG. AJK PIBG
dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan & menjalankan tugas dan amanah
secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan
pengorbanan.
4.3.3
Institusi Masyarakat atau Pihak Luar.
Masyarakat merupakan
institusi tidak formal yang mempengaruhi pendidikan seseorang pelajar. Ia
berfungsi sebagai wahana yang menerima pelajar di luar aktiviti di sekolah.
Keadaan ini wujud kerana masa pelajar lebih banyak terarah untuk beriteraksi
sesama rakan sebaya dan masyarakat dalam institusi masyarakat selain intitusi
keluarga.Bentuk-bentuk institusi masyarakat yang wujud ialah persatuan belia,
badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid, badan-badan
berkanun dan bukan berkanun dan lain-lain lagi. Di peringkat sekolah yang
dilihat aktif dan berperanan pada hari ini ialah Persatuan Ibu bapa Dan Guru
(PIBG).Apa yang belaku pada masa kini, sebahagian besar institusi masyarakat
ini tidak berkesan dalam melaksanakan fungsinya.
Kerjasama yang erat
antara pihak sekolah dengan pihak komuniti luar amat penting dan sangat
membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para
pelajar dan organisasi guru. Tanpa integrasi kerjasama kedua-dua pihak,
kejayaan dalam mengurus sesebuah organisasi sukar dicapai. Model Hoover-Dempsey
dan Sandler jelas menunjukkan bahawa kebersamaan sekolah dan komuniti boleh
dijalin dengan ibu bapa sebagai salah satu dari komponen komuniti sesebuah
sekolah itu. Kebersamaan yang tidak pernah wujud tidak akan dapat menghasilkan
pelajar yang boleh belajar seperti yang disebut oleh Gallagher et. al (2005).
Model ini menunjukkan bahawa hubungan sekolah dan komuniti dapat diwujudkan
sekiranya pihak pengurusan sekolah dapat memastikan agar pihak guru dan ibu
bapa saling memahami perasaan di antara satu sama lain sebagai langkah pertama
untuk mewujudkan hubungan harmoni kedua-dua pihak (Berger, 1983).
5.0
Penilaian Program Jalinan Hubungan Sekolah : Pihak Luar
5.1 Pemantauan
Kolaboratif Bestari Sekolah & Keluarga
Usaha saya yang dapat menjalinkan
hubungan dengan pihak luar untuk meningkatkan mutu bisnes teras iaitu
pengajaran dan pembelajaran dimanifestasikan melalui Program Pemantauan
Kolaboratif Bestari. Program ini bertujuan untuk memupuk kerjasama dan komitmen
ibu bapa untuk memantau kemajuan pelajar setiap minggu.
1.
Penglibatan Aktif Keluarga dan Komuniti Setempat
Membantu Peningkatan Prestasi Sekolah Setiap ibu bapa inginkan anak-anak mereka
berjaya dalam pelajaran dan mengharapkan anak-anak membantu mereka
apabila dewasa kelak.
2.
Kebanyakan guru juga sedar bahawa penglibatan ibu bapa
di sekolah amat penting bagi membantu peningkatan prestasi akademik pelajar
kerana pada masa yang sama penglibatan ini dapat membantu pihak sekolah
mengurangkan masalah disiplin pelajar di sekolah.
3.
Walaupun demikian, pemahaman pihak sekolah tentang
kepentingan dan pendekatan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa di sekolah
dengan lebih bermakna didapati masih kurang.
4.
Bagi memenuhi hasrat ini, pihak sekolah perlu melakukan
pelbagai usaha bagi mendekati pihak ibu bapa supaya mereka melibatkan diri
secara sepenuhnya dalam pelbagai program yang dianjurkan.
5.
Kerjasama dan penglibatan ibu bapa di sekolah
sebenarnya boleh meliputi pelbagai aspek sama ada dalam bidang akademik,
perkembangan sahsiah pelajar, ko kurikulum, pembangunan fizikal sekolah dan
lain-lain lagi.
6.
Dalam hal ini,
apabila pihak sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat masing-masing sudah
menganggap diri masing-masing sebagai rakan kongsi bersama dalam pendidikan,
maka akan terbentuklah satu komuniti di sekolah yang akan bergerak bersama-sama
dalam usaha untuk membantu peningkatan dalam pembelajaran pelajar.
7.
Komuniti Pembelajaran Sekolah (School Learning
Community) merupakan satu komuniti di sekolah yang terdiri daripada
guru/pihak sekolah, pelajar, keluarga/ibu bapa dan masyarakat yang bersama-sama
terlibat untuk melakukan penambahbaikan terhadap segala aspek di sekolah
dan pada masa yang sama membantu meningkatkan peluang pembelajaran pelajar.
8.
Kajian mendapati bahawa SLC banyak mendatangkan kebaikan
kepada semua pihak antaranya menambahbaik keadaan iklim dan prestasi sekolah,
menguatkan ikatan persaudaraan, menggalakkan sokongan masyarakat setempat
terhadap sekolah dan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam semua aspek
di sekolah.
9.
Antara ciri penting yang terkandung di dalam SLC ialah
penglibatan pihak sekolah,pelajar, keluarga dan masyarakat setempat secara
bersama-sama dalam pencapaian visi sekolah.
10. Selain
itu, ciri lain ialah sekolah yang mengamalkan SLC akan sentiasa mengalu-alukan
kedatangan ibu bapa ke sekolah tanpa mengira latarbelakang ibu bapa pelajar.
11. Kajian
mendapati bahawa pelajar akan berusaha lebih bersungguh-sungguh dan bertingkah
laku lebih baik sekiranya mereka mendapati ibu bapa mereka sering dilibatkan
dalam pelbagai aktiviti di sekolah pada sepanjang tahun persekolahan.
12. Seterusnya
SLC didapati lebih berfokuskan pencapaian pelajar. Dalam hal ini didapati
bahawa pihak sekolah akan melibatkan keluarga dan masyarakat setempat dalam
pelbagai aktiviti yang dianjurkan dengan tujuan bagi mendapat sokongan dalam
pelbagai bentuk untuk meningkatkan prestasi pelajar.
13. Ini
secara tidak langsung akan membantu meneguhkan pelbagai aspek pembelajaran
serta kemahiran-kemahiran pelajar di sekolah, misalnya kemahiran membaca,
menulis dan mengira di sekolah rendah.
14. Perkara
lain yang ditekankan di dalam SLC adalah wujudnya kerjasama erat antara pihak
sekolah dengan komuniti setempat. Pihak sekolah akan berkerjasama dengan
masyarakat setempat dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sama ada di dalam
atau di luar sekolah pada masa yang dirasakan sesuai dalam usaha bagi
meningkatkan kemahiran dan bakat pelajar.
15. Joyce
Epstein (2009) dalam bukunya School, Family and Community Partnership : Your
Handbook for Action, telah menggariskan 6 jenis penglibatan ibu bapa yang dapat
dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk membantu meningkatkan
pembelajaran pelajar.
a. Parenting (Keibubapaan) – Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah boleh membantu pihak keluarga dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan sama ada tentang kemahiran keibubapaan, memberi maklumat tentang perkembangan psikologi anak-anak, serta membantu menyediakan suasana yang dapat memudahkan anak-anak belajar dengan lebih baik di rumah. Penglibatan jenis ini juga secara tidak langsung dapat membantu pihak sekolah memahami latar belakang keluarga dan budaya pelajar berkenaan.
b. Communicating (Berkomunikasi) – Dalam penglibatan jenis ini, pihak sekolah akan berusaha berkomunikasi secara berkesan dengan pihak ibu bapa melalui pelbagai cara dan media dalam usaha untuk membantu pembelajaran pelajar. Misalnya pihak sekolah menggunakan surat bagi menerangkan program-program yang dilaksanakan di sekolah ataupun guru menerangkan kepada pihak ibu bapa tentang perkembangan prestasi semasa anak-anak mereka semasa perjumpaan ibu bapa dengan guru. Selain itu, melalui saluran tertentu, pihak ibu bapa juga boleh memberi maklumbalas terhadap perkara-perkara tertentu kepada pihak sekolah.
c. Volunteering (Kesukarelawanan) – Pihak sekolah boleh melakukan perancangan pelbagai program yang melibatkan ibu bapa di sekolah sama ada sebagai sukarelawan, peserta ataupun sebagai penonton dalam mana-mana aktiviti sekolah. Kerjasama antara pihak sekolah dengan ibu bapa dalam penganjuran dan pelaksanaan sesuatu aktiviti, secara tidak langsung akan menyumbang kepada kejayaan pelajar. Misalnya aktiviti gotong-royong mengecat bangunan sekolah, ibu bapa membantu pelbagai penganjuran aktiviti pelajar di sekolah.
d. Learning at Home (Pembelajaran di Rumah) – Melalui penglibatan jenis ini, pihak sekolah dapat mendedahkan kepada pihak ibu bapa tentang pelbagai kaedah yang sesuai bagi membantu anak-anak mereka belajar atau menyelesaikan kerja sekolah di rumah. Dalam hal ini, pihak ibu bapa juga dapat berkongsi idea dengan pihak sekolah bagi menyediakan strategi yang sesuai bagi penambahbaikan kerja rumah anak-anak mereka. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menyediakan maklumat tentang jenis-jenis kemahiran yang diperlukan untuk belajar di rumah.
e. Decision Making (Pembuatan Keputusan) – Pihak sekolah juga melibatkan ibu bapa sebagai rakan kongsi dalam pembuatan keputusan dalam beberapa aspek di sekolah. Misalnya di dalam penganjuran beberapa aktiviti, mesyuarat PIBG, jawatankuasa bersama dalam program sekolah dan lain-lain.
f. Collaborating with the Community (Bekerjasama dengan Masyarakat Setempat) – Hubungan baik sekolah dengan masyarakat setempat dapat diwujudkan dengan melibatkan pihak jabatan kerajaan, swasta atau badan-badan lain dalam pelbagai program di sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mendidik pelajar dan keluarga mereka tentang cara-cara menjadi warganegara yang baik.
6.0 Kesimpulann

Setiap
jenis penglibatan di atas memerlukan pendekatan yang berbeza. Setiap satunya
mempunyai cabaran tersendiri yang perlu ditangani supaya penglibatan sepenuhnya
dapat diwujudkan. Selain itu, pengubahsuaian aspek-aspek tertentu amat perlukan
supaya penglibatkan yang dilakukan bersesuaian dengan
latar belakang keluarga dan masyarakat setempat. Setiap jenis penglibatan akan
membawa kesan yang berbeza sama ada terhadap pelajar, ibu bapa, amalan
pengajaran guru dan iklim sekolah. Sehubungan itu, pihak sekolah perlulah
membuat pilihan yang tepat supaya penglibatan ibu bapa dan masyarakat dapat
membantu pencapaian matlamat utama sekolah dengan lebih bermakna.
Dengan menjadi menjadi rakan kongsi yang baik, diharapkan penglibatan pihak ibu bapa dan komuniti setempat akan dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah di siplin di sekolah. Ini kerana tugas bagi penambahbaikan pendidikan anak-anak bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak sekolah tetapi juga melibatkan pihak keluarga dan komuniti setempat.

No comments:
Post a Comment